KURSUS ASAS PENJAGAAN WAJAH SEMPENA SELF DISCOVERY WORKSHOP (SDW) 2026 DI IKBN PERETAK

    KURSUS ASAS PENJAGAAN WAJAH SEMPENA SELF DISCOVERY WORKSHOP (SDW) 2026 DI IKBN PERETAK

     
    30 Julai 2026 | IKBN Peretak - Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak melalui Jabatan Teknologi Kosmetologi telah menganjurkan Kursus Asas Penjagaan Wajah sempena Self Discovery Workshop (SDW) 2026.

    Program ini telah disertai oleh 25 orang pelajar daripada empat buah sekolah menengah dan tiga buah maahad tahfiz sekitar kawasan setempat. Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan sahsiah peserta, di samping memberi pendedahan awal mengenai kepentingan penjagaan wajah, penjagaan diri serta peluang melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan asas penjagaan wajah yang betul melalui sesi teori dan amali yang dikendalikan oleh Cik Nurfarhana Nabila binti Mohd Hanif, Pengajar Terapi Kecantikan, IKBN Peretak. Peserta turut berpeluang mempelajari teknik asas penjagaan kulit mengikut prosedur yang betul serta mengamalkan rutin penjagaan wajah yang selamat dan berkesan.

    Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan diri serta memberi inspirasi kepada para peserta untuk meneroka peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.