- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 5
HIASAN CUPCAKE DARIPADA FONDANT SEMARAKKAN KREATIVITI PESERTA SELF DISCOVERY WORKSHOP
IKBN Peretak, 30 Julai 2026 - Sempena Program Self Discovery Workshop, anjuran Yayasan Raja Muda Selangor, Jabatan Hospitaliti telah mengadakan aktiviti Hiasan Cupcake daripada Fondant yang dikendalikan oleh En. Fairuz bin A.Ghaffar, Pn. Azaenn binti Mohd Aziz dan Pn. Nurul Hazwani binti Ahmad Fauzi, pengajar Penyediaan Pastri. Aktiviti ini disertai oleh seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah harian dan tahfiz. Para peserta diberi pendedahan tentang teknik asas membentuk, mewarna dan menghias fondant bagi menghasilkan dekorasi cupcake yang menarik, kreatif serta bernilai komersial.
Melalui aktiviti ini, para peserta bukan sahaja dapat mengasah kemahiran seni hiasan makanan, malah turut meningkatkan keyakinan diri, kesabaran dan kreativiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi inspirasi kepada peserta untuk menjadikan kemahiran ini sebagai salah satu cabang penambahan sumber pendapatan pada masa hadapan.
