BENGKEL PENGESAHAN WIM DAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS BIDANG TEKNOLOGI FESYEN & PAKAIAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SIRI 2 TAHUN 2025

    BENGKEL PENGESAHAN WIM DAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS BIDANG TEKNOLOGI FESYEN & PAKAIAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SIRI 2 TAHUN 2025

     
    Port Dickson, 24 Oktober 2025 - Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), IKBN Peretak telah berjaya melaksanakan Bengkel Pengesahan WIM dan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS bersama Panel Pengesah Teknikal (TAC) Siri 2 Tahun 2025 bagi Bidang Teknologi Fesyen & Pakaian dan Teknologi Maklumat. Bengkel ini telah diadakan pada 21 hingga 24 Oktober 2025 bertempat di Ehsan Seaview Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.

    Seramai 25 orang pengajar bidang Fesyen & Pakaian daripada IKBN Peretak, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Jitra dan IKBN Tanah Merah telah hadir secara fizikal. Sementara itu, pengajar bidang Teknologi Maklumat dari IKTBN Sepang, IKTBN Bukit Mertajam, IKSN Kuala Langat dan IKBN Peretak telah menyertai bengkel ini secara dalam talian.

    Mesyuarat bersama Panel TAC dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak merangkap Ketua Pusat Kecemerlangan (COE) bagi Bidang Teknologi Fesyen & Pakaian. Turut hadir ialah Puan Ts. Nurulakmar binti Alias, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak; Puan Sarimah binti Abu Bedor, Panel TAC bagi Program Diploma Teknologi Fesyen dan Pakaian; Puan Ts. Rohaya binti Sulong, Panel TAC bagi Program Jahitan Pakaian Wanita; serta Puan Siti Hadrawati binti Kasi, Panel TAC bagi Program Jahitan Pakaian Lelaki.

    Dengan berakhirnya bengkel ini, CPKK IKBN Peretak berharapan agar WIM yang telah disahkan dapat digunapakai bagi tujuan Pentauliahan Induk Tahun 2026, serta soalan Peperiksaan Akhir yang dibangunkan mampu menepati kehendak dan piawaian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam memastikan kualiti penilaian dan standard TVET terus diperkukuh.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.