- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 32
GRADUAN KOSMETOLOGI IKBN PERETAK, BAKAL BERSINAR BERSAMA DERMALENE
IKBN Peretak, 30 Oktober 2025 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan rasmi daripada Dermalene Sdn. Bhd., sebuah syarikat terkemuka dalam industri kecantikan dan penjagaan diri. Lawatan ini diadakan bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik dalam usaha memperkasa pembangunan tenaga mahir TVET dalam bidang kecantikan.
Delegasi Dermalene diketuai oleh Dr. Alina Hasni binti Mohamad Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, bersama barisan pengurusan kanan. Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh warga IKBN Peretak yang turut diketuai oleh pengurusan tertinggi institut.
Perbincangan utama tertumpu kepada peluang kerjasama baharu berkaitan perancangan jenama terkini Dermalene, yang akan diselaraskan dengan kompetensi dan kemahiran pelajar TVET, sejajar dengan keperluan pasaran kerja masa kini.
Kolaborasi ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara institusi TVET dan industri kecantikan, malah menjadi langkah proaktif ke arah membentuk tenaga kerja berilmu, berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang kecantikan profesional.
