- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 148
BERKHIDMAT MELALUI KEMAHIRAN: IKBN PERETAK LAKSANA JAHITAN PAKAIAN ANAK YATIM ASNAF YBK GESIR
IKBN PERETAK – Semua bengkel Jahitan di Jabatan Fesyen dan Pakaian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak kini giat menjalankan proses jahitan pakaian infak bagi program anak yatim dan asnaf YBK Gesir. Program ini melibatkan tenaga pengajar serta para pelajar yang bekerjasama menyiapkan pakaian untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.
Proses jahitan dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada kerja membuat pola, memotong kain, menjahit sehingga proses kemasan akhir bagi memastikan setiap pakaian yang dihasilkan berkualiti dan selesa dipakai. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima sumbangan, malah menjadi platform latihan praktikal kepada pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.
Semoga usaha murni ini dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan nilai keprihatinan dalam kalangan warga institut, selaras dengan aspirasi melahirkan belia berkemahiran yang berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.
