LAPORAN TAHUNAN 2025: CERMINAN KECEMERLANGAN IKBN PERETAK

    LAPORAN TAHUNAN 2025: CERMINAN KECEMERLANGAN IKBN PERETAK

     
    IKBN Peretak, 25 Februari 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melakar satu lagi detik penting melalui Majlis Pelancaran Laporan Tahunan IKBN Peretak Tahun 2025 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff, bersama barisan Pengurusan Tertinggi Institut, menandakan komitmen berterusan dalam mendokumentasikan pencapaian dan perkembangan sepanjang tahun.

    Laporan Tahunan ini menghimpunkan pelbagai sorotan penting termasuklah kejayaan pelajar, pelaksanaan program pembangunan kemahiran, kolaborasi strategik, serta pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan Institut. Ia turut menekankan usaha kebersamaan warga IKBN Peretak dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) negara.

    Penyediaan laporan ini juga mendapat sokongan aktif daripada Kelab Rakan Digital IKBN Peretak, yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan laporan ini dapat diakses secara digital dan interaktif untuk pertontonkan.

    ✨ Laporan Tahunan IKBN Peretak 2025 kini boleh diakses secara digital!

    📖 Akses laporan penuh di pautan:

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.