- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 9
“CATCH THE GIANT” MERIAHKAN DATARAN HEP, PUPUK SEMANGAT BERPASUKAN
IKBN Peretak, 19 Jun 2026 – Sempena pelaksanaan aktiviti kokurikulum, Kelab Satria Muda telah menganjurkan aktiviti “Catch The Giant” yang berlangsung di Dataran Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKBN Peretak. Program yang penuh dengan aktiviti santai dan riadah ini berjaya menarik penyertaan pegawai serta pelajar.
Keunikan program ini terletak pada permainan bola tampar yang menggunakan bola tampar gergasi, menjadikan perlawanan lebih mencabar, menghiburkan dan memerlukan kerjasama berpasukan yang tinggi. Gelak tawa dan sorakan para peserta jelas mewarnai suasana sepanjang program berlangsung.
Program ini bukan sahaja menjadi platform riadah yang sihat, malah berjaya memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IKBN Peretak. Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mewujudkan persekitaran kampus yang aktif, ceria dan harmoni.
