IKBN PERETAK SERTAI SESI PERKONGSIAN DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN SOCCER ROBOT DI IKTBN SEPANG

    IKBN PERETAK SERTAI SESI PERKONGSIAN DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN SOCCER ROBOT DI IKTBN SEPANG

     
    19 Jun 2026, Sepang – Seramai empat orang staf IKBN Peretak telah mengadakan kunjungan ke IKTBN Sepang bagi menyertai sesi perkongsian ilmu dan perlawanan persahabatan Soccer Robot anjuran Jabatan Elektronik IKTBN Sepang.

    Program ini memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, bertukar idea dan menambah pengetahuan dalam pembangunan serta pengoperasian Soccer Robot. Sebanyak lima perlawanan persahabatan telah berlangsung sebagai platform menguji keupayaan robot yang dibangunkan.

    Walaupun belum berjaya mencatat kemenangan, penyertaan ini memberikan pengalaman dan input yang berguna untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

    IKBN Peretak merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Elektronik IKTBN Sepang atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi kepakaran dalam bidang Soccer Robot. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan demi memperkasa pembangunan teknologi robotik TVET.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.