PENGLIBATAN PELAJAR IKBN PERETAK DALAM KEJOHANAN GOLF SELANGOR AMATEUR OPEN 2026 BERTARAF ANTARABANGSA

    PENGLIBATAN PELAJAR IKBN PERETAK DALAM KEJOHANAN GOLF SELANGOR AMATEUR OPEN 2026 BERTARAF ANTARABANGSA

     
    Bukit Beruntung, 20 Jun 2026 – Seramai enam (6) orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas sebagai Scoring Technical dalam Kejohanan Selangor Amateur Open 2026 yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun 2026 di Bukit Beruntung Golf & Country Resort.

    Kejohanan yang dianjurkan oleh MAKSAK Selangor dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor ini merupakan acara bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik penyertaan pemain-pemain golf amatur dari dalam dan luar negara, termasuk Korea Selatan dan Singapura.

    Penglibatan pelajar IKBN Peretak dalam kejohanan berprestij ini membuktikan keupayaan serta kompetensi mereka dalam mengendalikan aspek teknikal sukan di peringkat tinggi. Selain itu, peluang ini turut memberikan pengalaman berharga kepada para pelajar untuk menimba pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam pengurusan serta pengendalian kejohanan golf bertaraf antarabangsa.

    Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform pembangunan sukan golf, malah turut menyumbang kepada usaha mempromosikan negeri Selangor sebagai destinasi sukan dan pelancongan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.