- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 30
LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH HULU SELANGOR 2026 BOLA JARING WANITA
7 Jun 2026, Hulu Selangor – Bahang kehangatan sukan tempatan kembali dirasai apabila Liga Sukan Komuniti Daerah Hulu Selangor 2026 bagi acara bola jaring wanita bertempat di Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.
Kejohanan sukan ini telah berjaya menarik penyertaan hebat daripada 14 buah pasukan dari dalam daerah Hulu Selangor, membuktikan sukan bola jaring terus mendapat tempat dan sambutan yang amat menggalakkan di peringkat akar umbi.
Turut mencuri tumpuan dalam saingan kali ini adalah kehadiran kontinjen daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak yang telah menghantar dua buah pasukan bagi menggalas cabaran institusi tersebut. Kehadiran dua skuad dari IKBN Peretak ini pastinya memberikan persaingan sengit dan menambah dinamika corak permainan dalam pemburuan takhta juara daerah.
Liga Sukan Komuniti ini dianjurkan dengan matlamat utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu, di samping memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat. Semua pasukan yang bertanding dijangka bakal mempamerkan aksi terbaik dan strategi mantap sepanjang kejohanan berlangsung.
