- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 29
MAJLIS PELEPASAN PESERTA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) AKHIR 2026 BIDANG HAIRDRESSING
IKBN Peretak, 08 Jun 2026 - Majlis Pelepasan Peserta WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Akhir 2026 telah berlangsung di Dataran Kawad IKBN Peretak. Majlis pelepasan ini diadakan bagi memberikan sokongan dan semangat kepada peserta yang akan mewakili IKBN Peretak dalam pertandingan WSMB Akhir 2026 yang berlangsung dari 8 hingga 11 Jun 2026 di CIAST, Shah Alam.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff. Dalam ucapan beliau, peserta diingatkan agar sentiasa berusaha memberikan yang terbaik, mengekalkan disiplin serta membawa nama baik institut sepanjang pertandingan berlangsung.
Peserta yang mewakili IKBN Peretak ialah Muhammad Zafri Haziq bin Mohamad Yunus. Kehadiran warga kerja, tenaga pengajar serta para pelatih turut memeriahkan majlis dan menjadi tanda sokongan kepada peserta yang akan bertanding.
Majlis pelepasan atau flag-off telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat. Diharapkan penyertaan dalam WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Akhir 2026 ini akan menjadi platform terbaik untuk peserta mempamerkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang telah dipelajari, seterusnya mengharumkan nama IKBN Peretak.
Seluruh warga IKBN Peretak mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Zafri Haziq bin Mohamad Yunus dan semoga berjaya menggapai kecemerlangan dalam WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Akhir 2026.
