CERAMAH AGAMA BIL 22/2026 - MUHASABAH DIRI & AZAM TAHUN BARU

    CERAMAH AGAMA BIL 22/2026 - MUHASABAH DIRI & AZAM TAHUN BARU

     
    IKBN Peretak, 15 Jun 2026 (Isnin) - Surau Nursalam, IKBN Peretak telah mengadakan Program Kuliah Maghrib yang bertajuk “Muhasabah Diri dan Azam Tahun Baharu Menurut Islam” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan.

    Program yang berlangsung selepas solat Maghrib itu telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan warga IKBN Peretak. Dalam kuliah tersebut, penceramah menekankan kepentingan muhasabah diri sebagai amalan yang perlu dilakukan secara berterusan oleh setiap Muslim bagi menilai kelemahan, memperbaiki kesilapan serta meningkatkan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian.

    Beliau turut menjelaskan bahawa kedatangan tahun baharu seharusnya dijadikan sebagai satu peluang untuk memperbaharui azam dan tekad ke arah menjadi insan yang lebih bertakwa serta berakhlak mulia. Azam yang dibina hendaklah berlandaskan syariat Islam dan disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh agar dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

    Para peserta turut diingatkan agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT melalui pelaksanaan ibadah yang konsisten, memperbanyakkan amalan sunat serta menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan iman dan akhlak.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.