PEGAWAI IKBN PERETAK CEMERLANG, TEAM GRAYS PERTAHAN KEJUARAAN MEN OPEN

    PEGAWAI IKBN PERETAK CEMERLANG, TEAM GRAYS PERTAHAN KEJUARAAN MEN OPEN

     
    IPOH, 14 Jun 2026 – Pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, En. Metdriyanto Bin Zakaria, sekali lagi mencipta kejayaan apabila membantu Team Grays mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan Panthers 9’s 2026 yang berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

    Pada perlawanan akhir kategori Men Open, Team Grays mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan keputusan 2-0, sekali gus mempertahankan gelaran juara dan mengekalkan rekod kejuaraan berganda yang diraih pada tahun 2025.

    Kejayaan ini membuktikan komitmen, disiplin serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Team Grays sepanjang kejohanan. Pencapaian En. Metdriyanto sebagai wakil IKBN Peretak turut menjadi kebanggaan institut dan diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada para belia untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan pembangunan diri.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.