- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 15
IKBN PERETAK TONJOL KEJAYAAN ALUMNI MELALUI SUCCESS STORY
4 Ogos 2026, Shah Alam – Cawangan Hubungan Industri (CHI), IKBN Peretak telah melaksanakan sesi temu ramah Success Story Alumni.
Sesi ini menampilkan Aida, alumni bidang Jahitan yang kini merupakan usahawan menerusi Ainara Bespoke, serta Amalina, alumni bidang Kecantikan yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Cawangan Tini's Spa, Shah Alam sejak tahun 2018.
Inisiatif ini bertujuan mengetengahkan kisah kejayaan alumni sebagai inspirasi kepada pelajar dan bakal pelajar IKBN Peretak untuk membina kerjaya melalui kemahiran TVET.
Nantikan video Success Story Alumni mereka di platform rasmi media sosial IKBN Peretak!
