- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 40
SEMARAK MAULIDUR RASUL 2026: IKBN PERETAK KUKUHKAN UKHUWAH, SUBURKAN SYIAR ISLAM
4 September 2026-IKBN Peretak menghantar satu kontigen yang disertai 24 lelaki dan 18 perempuan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Para pelajar telah berkumpul dan membuat persediaan sebelum perarakan bermula. Pelajar turut membawa sepanduk yang disediakan bagi menunjukkan sokongan terhadap sambutan Maulidur Rasul dan slogan yang telah ditetapkan.
Perhimpunan kontigen daripada 7 agensi kerajaan dan 6 organisasi swasta di sekitar Hulu Selangor telah berlangsung dengan jayanya .Program yang bertujuan memupuk rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW memberikan pengalaman yang baik kepada para pelajar IKBN Peretak telah dirasmikan oleh Tuan Hj Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor. Pelajar dapat bersama-sama masyarakat setempat dalam menyambut hari yang penting bagi umat Islam.
Selain itu, aktiviti perarakan dan pertandingan sepanduk,ceramah daripada Ustaz Roslan Mohamed yang bertajuk “NETIZEN VS NURTIZEN” turut diterjemahkan dengan baik kepada para peserta.
Program seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai nilai keagamaan, perpaduan, kerjasama dan pembentukan sahsiah yang baik.
Diharapkan penyertaan pelajar IKBN Peretak dalam program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi belia yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai semangat kemasyarakatan yang tinggi, selaras dengan slogan “MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”.
