CERAMAH AGAMA BIL 29/2026 - KISAH SIRAH RASUL SAW

    CERAMAH AGAMA BIL 29/2026 - KISAH SIRAH RASUL SAW

     
    IKBN Peretak, 07 September 2026 (Isnin) - Surau Nursalam, IKBN Peretak telah menganjurkan Program Kuliah Maghrib yang mengangkat tajuk “Kisah Sirah Rasul SAW”, disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan.

    Program ini diadakan selepas solat Maghrib bertempat di Surau Nursalam IKBN Peretak dan telah disertai oleh warga institut yang terdiri daripada para pelajar serta warga kerja IKBN Peretak.

    Dalam penyampaian beliau, Ustaz Muhammad bin Hassan mengupas kisah perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan serta teladan kepada umat Islam. Perkongsian sirah turut menekankan kepentingan mengenali keperibadian Rasulullah SAW, menghayati akhlak Baginda serta menjadikan sunnah dan ajaran Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

    Kuliah ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih dekat pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Islam serta membina rasa cinta dan penghormatan yang lebih mendalam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.