PROGRAM SENTUHAN KASIH KOMUNITI SIRI 3 IKBN PERETAK

    PROGRAM SENTUHAN KASIH KOMUNITI SIRI 3 IKBN PERETAK

     
    8 September 2026 (Selasa) – IKBN Peretak meneruskan Program Sentuhan Kasih Komuniti Siri 3 menerusi penyerahan barangan infaq kepada anak-anak tahfiz di Darul Quran Al-Wildan, Batu 30, Ulu Yam, Selangor, hasil sumbangan ikhlas pegawai, kakitangan dan pelajar IKBN Peretak.

    Program ini merupakan kesinambungan daripada Siri 1 dan Siri 2 sebagai usaha menyantuni komuniti yang memerlukan serta menyemai budaya berkongsi rezeki dalam kalangan warga institusi.

    Sumbangan disampaikan kepada anak-anak tahfiz yang ada terdiri daripada keluarga asnaf dan anak yatim, yang gigih menuntut ilmu, menghafaz serta memartabatkan al-Quran. Semoga sumbangan ini dapat meringankan keperluan mereka dan memberi semangat untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan menghafaz Kalamullah.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. 🤲🏻
    “Menyantuni Insan, Menyemai Kasih, Memartabatkan Al-Quran.”

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.