Kuala Kubu Bharu, 5 September 2026 (Sabtu) - IKBN Peretak telah melaksanakan program Eksplorasi Alam : Chill di Sungai Chiling. Program ini disertai oleh kakitangan IKBN bagi menghayati keindahan Hutan Simpan Hulu Selangor.
Program ini telah diketuai oleh Encik Ahmad Faudzan Adzieman bin Hassan sebagai Malim Gunung untuk memastikan keselamatan peserta terjamin. Puan Normahsyuri bt Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak tidak ketinggalan untuk turut serta melakukan pendakian ke puncak air terjun. Semua peserta berpuas hati dan gembira walaupun menempuh pelbagai cabaran semasa pendakian ke puncak air terjun.
Program ini memberikan pengalaman yang baru kepada semua peserta dalam peri pentingnya menjaga alam sekitar yang tidak ternilai dan memberikan keseimbangan kepada cuaca di Malaysia.
