REKAAN BERKONSEP INSPIRASI, PELAJAR DIPLOMA REKAAN FESYEN IKBN PERETAK PAMER BAKAT TERPENDAM

    REKAAN BERKONSEP INSPIRASI, PELAJAR DIPLOMA REKAAN FESYEN IKBN PERETAK PAMER BAKAT TERPENDAM

     
    IKBN Peretak, 21 Januari 2026 – Peperiksaan Akhir ILKBS bagi program Diploma Rekaan Fesyen Semester 7 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Januari hingga 21 Januari 2026, melibatkan seramai 18 orang calon. Semakan fail portfolio telah dilaksanakan terlebih dahulu selaras dengan keperluan penilaian awal sebelum pembentangan Projek Akhir. Peperiksaan kali ini mengetengahkan konsep yang telah ditetapkan iaitu berteraskan inspirasi, di bawah seliaan lima (5) orang penyelia iaitu Puan Sharifah Khairani Binti Shaari, Pn. Nur Inani Izzati Binti Mohd Shariff, Pn. Nurul Shuhaida Binti Abdul Rahim, Pn. Norazlina Binti Nasron dan En. Azize Bin Abdullah.

    Pelaksanaan Amali Akhir telah dijalankan pada 19 Januari 2026, selepas penilaian teori manakala pembentangan Projek Akhir pula dilaksanakan pada 20 dan 21 Januari 2026 yang bertempat di Perpustakaan, IKBN Peretak. Untuk Projek Akhir, pelajar dikehendaki membuat pembentangan hasil rekaan pakaian berkonsepkan inspirasi yang telah dihasilkan. Sesi penilaian ini melibatkan empat (4) orang juri iaitu En. Azizan Bin Mohammad selaku Pegawai Pengesah Luaran (PPL), Pn. Rofizah Binti Ibrahim selaku Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), Panel Industri En. Mohd Hafizz Bin Mohd Rusuki serta penyelia projek.

    Pelaksanaan peperiksaan ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal pelajar, malah memperkukuhkan tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan mereka untuk menceburi industri fesyen.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.