CERAMAH AGAMA BIL 30/2026 - KELEBIHAN MEMBACA DOA QUNUT

    CERAMAH AGAMA BIL 30/2026 - KELEBIHAN MEMBACA DOA QUNUT

     
    IKBN Peretak, 08 September 2026 (Selasa) - Surau Nur Salam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak terus mengimarahkan suasana kerohanian warga institut menerusi Program Kuliah Maghrib yang berlangsung selepas solat Maghrib.

    Kuliah pada kali ini mengetengahkan tajuk “Kelebihan Membaca Doa Qunut” yang disampaikan oleh Ustaz Zali bin Salih bertempat di Surau Nur Salam IKBN Peretak.

    Dalam penyampaian beliau, Ustaz Zali bin Salih mengupas mengenai pengertian doa qunut, kepentingannya serta kelebihan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Para jemaah turut diberikan penerangan mengenai penghayatan doa qunut sebagai salah satu bentuk pengharapan, permohonan dan pergantungan seorang hamba kepada Allah SWT.

    Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk warga IKBN Peretak menambah ilmu pengetahuan berkaitan amalan dalam solat, malah turut memberi ruang kepada para pelajar dan warga institut untuk meningkatkan penghayatan serta pengamalan nilai-nilai kerohanian dalam kehidupan seharian.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.