Tarikh : 29 Januari 2026 (Khamis / 7.30 Malam)
Tempat : Surau Nur Salam, IKBN Peretak
Penceramah : Ustaz Zulkifli bin Makhtar
29 Januari 2026, IKBN Peretak - Surau Nur Salam IKBN Peretak telah menganjurkan kuliah Maghrib Guru Takmir yang di ajar oleh Al Fadhil Ustaz Zulkifli bin Makhtar. Tajuk ceramah beliau “Adab Sesama Manusia” Tujuan ceramah ialah untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran dalam kalangan pelajar IKBN Peretak mengenai kepentingan adab dan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Ceramah ini menekankan hubungan sesama manusia yang berlandaskan nilai-nilai Islam seperti hormat-menghormati, toleransi dan kasih sayang.
Hasil daripada ceramah ini, pelajar lebih memahami kepentingan adab dalam hubungan sesama manusia, meningkatkan kesedaran untuk mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan harian, menjadi lebih peka terhadap tanggungjawab sosial dan etika pergaulan.
Pelajar menunjukkan penglibatan yang sangat baik sepanjang ceramah berlangsung. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya serta aktif dalam sesi soal jawab yang diadakan. Keadaan ini mencerminkan minat dan kesedaran peserta terhadap kepentingan topik yang dibincangkan.
