CERAMAH AGAMA BIL. 7/2026: KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN

    CERAMAH AGAMA BIL. 7/2026: KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN

     
    IKBN Peretak, 10 Februari 2026 — Surau Nur Salam, IKBN Peretak telah menganjurkan Ceramah Agama Bil. 7/2026 yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zali Bin Salih. Kuliah Maghrib ini memberi penghayatan mendalam kepada warga institut mengenai kelebihan serta kemuliaan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.

    Dalam ceramahnya, beliau menjelaskan bahawa Ramadan merupakan bulan diturunkannya Al-Quran, diwajibkan ibadah puasa sebagai latihan kesabaran dan ketakwaan, serta dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Umat Islam juga berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar yang ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan, selain setiap amalan kebajikan akan dilipatgandakan.

    Program ini memberi peringatan kepada seluruh warga IKBN Peretak agar memanfaatkan kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah, memohon keampunan serta meningkatkan amalan kebaikan. Semoga pengisian ilmu seperti ini terus menyuburkan semangat keagamaan dan memperkukuh sahsiah warga institut.
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.