- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 145
IKBN PERETAK PENERIMA ANUGERAH INSTITUT TVET 5 BINTANG YANG CEMERLANG & BERDAYA SAING TINGGI
Kuala Lumpur, 11 Februari 2026. – Majlis Anugerah Institut TVET 5 Bintang telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Acara ini bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan institut pendidikan teknikal dan vocational di seluruh negara.
IKBN Peretak telah menerima dua program yang diiktiraf mendapat 5 bintang iaitu Pembuatan Pastri (HT-014-3:2011) dan Dandanan Rambut (HT-090-3:2012). Pengiktirafan 5 bintang ini bukan sahaja menunjukkan tahap pendidikan yang tinggi, tetapi juga menegaskan bahawa program tersebut memiliki kecemerlangan dalam aspek berdaya saing. Ini menandakan kemampuan pelajar untuk memenuhi tuntutan industri yang sentiasa berubah serta persaingan global di dalam pasaran kerja.
Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, yang dijadualkan untuk menyampaikan anugerah kepada penerima. Acara ini akan dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat dan pimpinan industri, serta diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang TVET.
