CERAMAH AGAMA BIL. 8/2026: PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADAN

    CERAMAH AGAMA BIL. 8/2026: PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADAN

     
    IKBN PERETAK, 16 Februari 2026 – Surau Nur Salam IKBN Peretak telah menganjurkan Kuliah Maghrib Guru Takmir yang disampaikan oleh Muhammad B Hassan dengan tajuk Persiapan Menyambut Ramadan. Program ini diadakan bagi memberi panduan kepada pelajar dan kakitangan dalam membuat persediaan awal menghadapi bulan Ramadan.

    Dalam ceramah tersebut, beliau menghuraikan lima aspek utama persiapan iaitu Persiapan Rohani, Persiapan Jasmani & Kesihatan, Persiapan Keluarga & Rumah, Persiapan Pengurusan Masa & Kerja serta Persiapan Kewangan & Kebajikan. Penekanan diberikan kepada kepentingan memperkukuh ibadah, menjaga kesihatan, mewujudkan suasana rumah yang kondusif, mengurus masa dengan baik serta merancang kewangan secara berhemah.

    Kuliah turut diakhiri dengan doa menyambut Ramadan:
    ✨ “Allahumma ballighna Ramadan”
    (Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan)

    Secara keseluruhannya, persiapan yang rapi dan kesungguhan hati diyakini mampu membentuk peribadi yang lebih bertakwa serta memberi kesan positif berpanjangan dalam kehidupan seharian.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.