LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERTUNJUKAN FESYEN UiTM DEGREE SHAH ALAM 2026

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERTUNJUKAN FESYEN UiTM DEGREE SHAH ALAM 2026

     
    14 Februari 2026 (Sabtu), telah berlangsung satu pertunjukan fesyen anjuran pelajar Degree Uitm yang bertempat di LakePoint Club, Setia Alam Impian. Pertunjukan fesyen ini mengangkat tema “Duality”, yang menampilkan konsep gabungan dua elemen berbeza dalam satu rekaan bagi menghasilkan keseimbangan visual yang unik dan kontemporari.

    Seramai 60 orang pereka akhir UiTM Shah Alam telah mempersembahkan koleksi masing-masing, dengan setiap pereka menampilkan tiga persalinan yang mengetengahkan kreativiti, kemahiran teknikal, serta interpretasi individu terhadap tema yang diberikan.

    Pihak IKBN Peretak telah dijemput untuk menghadiri pertunjukan fesyen ini sebagai sebahagian daripada aktiviti lawatan sambil belajar. Penyertaan melibatkan 40 orang pelajar Diploma Teknologi Fesyen dan Pakaian (DPF) Semester 5 dan 6, yang diiringi oleh pegawai pengiring iaitu En. Azize Bin Abdullah, Pn. Zainab Binti Majid dan Pn. Nur Inani Izzati Binti Mohd Shariff.

    Lawatan ini diharapkan dapat memberi pendedahan langsung kepada pelajar mengenai standard persembahan fesyen di peringkat pengajian tinggi, sekali gus menjadi inspirasi dalam menghasilkan karya projek akhir yang lebih berkonsep, kreatif, dan berdaya saing. Selain itu, pengalaman ini turut membantu pelajar memahami aspek perancangan koleksi, penggayaan, serta persembahan profesional dalam industri fesyen sebenar.

    Kesimpulannya, penyertaan dalam program ini berjaya membuka minda pelajar terhadap perkembangan dunia fesyen semasa dan memberi motivasi untuk menghasilkan rekaan yang lebih stail, inovatif dan berkualiti pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.