- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 138
PROGRAM TADARUS AL-QURAN, SOLAT TARAWIH BERJEMAAH & MOREH
IKBN PERETAK, 19 Februari 2026 – Program Ihya Ramadan yang merangkumi Tadarus Al-Quran, Solat Tarawih Berjemaah dan Moreh telah berjaya dianjurkan di Surau Nur Salam, IKBN Peretak sepanjang bulan Ramadan.
Program ini melibatkan penyertaan warga institut dan pelajar IKBN Peretak bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian rohani serta memperkukuhkan ukhuwah sesama warga IKBN Peretak. Aktiviti tadarus Al-Quran dijalankan secara berkumpulan selepas Solat Maghrib, memberi peluang kepada para peserta untuk bertadarus dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran dengan lebih mendalam.
Solat Tarawih berjemaah pula dilaksanakan setiap malam Ramadan dengan penuh tertib dan khusyuk yang di ketuai oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana sekali gus menyemai semangat kebersamaan serta menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kalangan warga institut. Program ini turut diserikan dengan aktiviti moreh selepas solat Tarawih sebagai ruang santai untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim.
Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin dan kecintaan terhadap ibadah.
