- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 11
CERAMAH KETENTERAMAN AWAM DAN ANCAMAN SERANGAN PENGGANAS TINGKATKAN KESEDARAN WARGA IKBN PERETAK
IKBN Peretak, 6 Ogos 2026 (Khamis) – IKBN Peretak telah mengadakan Ceramah Ketenteraman Awam dan Ancaman Serangan Pengganas bertempat di Auditorium, IKBN Peretak, sejurus selepas selesai Majlis Perhimpunan Bulanan institut.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh INSP Mohd Faiz bin Esa, E8 dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga IKBN Peretak terhadap kepentingan memelihara ketenteraman awam serta memahami ancaman serangan pengganas yang semakin kompleks pada masa kini.
Sepanjang sesi perkongsian, para peserta telah diberikan pendedahan mengenai bentuk-bentuk ancaman keselamatan, pengaruh fahaman ekstremisme, kaedah mengenal pasti tanda-tanda awal radikalisasi, serta peranan setiap individu dalam membantu pihak berkuasa mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. Turut ditekankan ialah kepentingan mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial dengan memastikan setiap maklumat yang diterima disemak terlebih dahulu sebelum dikongsi.
Penganjuran ceramah ini diharapkan dapat menyemai kesedaran serta memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan warga IKBN Peretak agar sentiasa peka, berwaspada dan bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara.
