KURSUS AESTHETIC SKIN RENEWAL TREATMENT DI BAWAH PROGRAM LATIHAN UPSKILLING RMK-13 TAHUN 2026

    KURSUS AESTHETIC SKIN RENEWAL TREATMENT DI BAWAH PROGRAM LATIHAN UPSKILLING RMK-13 TAHUN 2026

     
    03 – 07 Ogos 2026 | Jadeite Hair & Beauty Salon, Jade Hills, Kajang, Selangor

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Kursus Aesthetic Skin Renewal Treatment di bawah Projek Peningkatan Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET RMK-13 Tahun 2026. Kursus ini disertai oleh 5 orang pengajar, melibatkan 3 orang dari IKBN Peretak dan 2 orang dari IKBN Kemasik.

    Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada teknik dan prosedur terkini dalam bidang estetik merangkumi Aesthetics Consultation, Skin Analysis & Treatments, Aesthetic Figure Diagnosis, Chemical Peeling, Microdermabrasion, Microneedling Treatment, Ultrasound Cavitation (Face & Body) serta Radio Frequency Body Treatment.

    Kursus ini bertujuan meningkatkan kompetensi, kemahiran praktikal dan profesionalisme pengajar selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa industri estetik. Pendedahan secara teori dan amali turut membolehkan peserta menguasai teknik rawatan dengan lebih sistematik dan selamat.

    Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), dikongsi bersama warga pengajar serta memberi nilai tambah kepada latihan kemahiran pelajar agar lebih selari dengan kehendak industri.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.