DIY KEYCHAIN DAN HIASAN RAMBUT DARIPADA DAWAI BULU SEMPENA SELF DISCOVERY WORKSHOP 2026 DI IKBN PERETAK

    DIY KEYCHAIN DAN HIASAN RAMBUT DARIPADA DAWAI BULU SEMPENA SELF DISCOVERY WORKSHOP 2026 DI IKBN PERETAK

     
    IKBN Peretak, 30 Julai 2026 : Sempena Self Discovery Workshop, Jabatan Fesyen dan Pakaian telah menganjurkan aktiviti DIY menghasilkan rantai kunci (key chain) menggunakan kain felt yang dikendalikan oleh Puan Lilie dan Puan Zalifah di Bengkel Jahitan Pakaian Wanita.

    Pada masa yang sama, Bengkel DKM turut mengadakan aktiviti menghasilkan hiasan dawai bulu yang dikendalikan oleh Puan Norazlina, Puan Norfarrizah dan Puan Inani, pengajar DKM. Kedua-dua aktiviti ini memberi peluang kepada seramai 40 orang peserta daripada sekolah menengah harian dan tahfiz untuk mempelajari kemahiran menghasilkan produk kraftangan yang kreatif dan bernilai.

    Diharapkan pendedahan melalui aktiviti DIY ini dapat meningkatkan kreativiti, kemahiran serta keyakinan diri peserta di samping mencetuskan idea untuk menghasilkan produk yang berpotensi dipasarkan. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang Self Discovery Workshop, anjuran Yayasan Raja Muda Selangor ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada peserta untuk menjana pendapatan tambahan melalui penghasilan kraftangan atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.