- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 65
TECHNO VENTURE KEMBALI MENGGEGAR! PERJUMPAAN SULUNG CETUS IDEA, AKTIVITI & SEMANGAT BAHARU
IKBN Peretak, 4 September 2026 – Kelab Techno Venture IKBN Peretak hari ini membuka tirai bagi sesi 2.2026 menerusi perjumpaan kali pertama yang berlangsung pada petang ini bertempat di Dataran HEP, IKBN Peretak. Perjumpaan sulung ini menjadi platform bagi memperkenalkan hala tuju kelab, memperkukuh semangat kerjasama serta menyemarakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang bersifat santai, kreatif, sihat dan berdaya saing.
Antara pengisian utama adalah perlantikan Jawatankuasa Kelab Techno Venture serta sesi perbincangan dan percambahan idea berkaitan perancangan aktiviti sepanjang tahun. Pelbagai aktiviti menarik telah dicadangkan termasuk pertandingan Mobile Legends, Pickleball, Brisk Walk, tayangan filem, Team Building, lawatan ke Pusat Sains dan Muzium Coklat, selain pelbagai aktiviti lain yang bakal memberi pengalaman menyeronokkan dan bermakna kepada para ahli kelab.
Perjumpaan pada petang ini telah dipimpin oleh dua orang penyelaras Kelab Techno Venture, Pn. Rohaya binti Mamat dan Pn. Nor Salwah binti Yaacob, yang turut memberikan panduan serta suntikan semangat kepada barisan jawatankuasa dan ahli kelab. Dengan semangat “Bersama Mencipta, Bersama Menginspirasi”, Kelab Techno Venture diyakini mampu menjadi wadah yang mencetuskan idea kreatif, membina kepimpinan dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga IKBN Peretak. Nantikan lebih banyak aktiviti menarik yang bakal menggegarkan Techno Venture!
