PERTANDINGAN MEMANAH WE LOVE SUNNAH PERINGKAT IKBN PERETAK TAHUN 2025

    PERTANDINGAN MEMANAH WE LOVE SUNNAH PERINGKAT IKBN PERETAK TAHUN 2025

     
    IKBN Peretak, 31 Oktober 2025– Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Memanah-We Love Sunnah Peringkat IKBN Peretak 2025 bertempat di Padang Utama IKBN Peretak dengan Kerjasama dari Persatuan Belia Serendah iaitu kelab memanah mata helang. Program ini disertai oleh lebih 120 orang pelajar dari pelbagai jurusan serta kakitangan institut.

    Program tersebut bertujuan untuk mempupuk semangat kesukanan, ketahanan mental, fokus dan disiplin diri dalam kalangan pelajar selain memperkenalkan sukan memanah sebagai aktiviti riadah yang sihat.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri Bte Md Shariff Pengarah IKBN Peretak. Dalam ucapan beliau, Pn. Pengarah menegaskan bahawa aktiviti sukan seperti memanah bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi juga mampu melatih daya tumpuan dan kesabaran yang amat penting dalam dunia pekerjaan kelak.

    Pelbagai kategori pertandingan telah dipertandingkan termasuklah Kategori Pegawai, pelajar, kumpulan, pemanah terbaik dan pakaian tercantik dengan format pertandingan berasaskan ketepatan anak panah ke sasaran.

    Pemenang keseluruhan bagi kategori pelajar dimenangi oleh Ahmad Ayreel Zafreen B Mohd Fariz dari Jabatan Tekstile, dan kategori kakitangan pemanah terbaik disandang oleh Encik Badrul Hisyam Bin Ismail .

    Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan sesi fotografi kenangan bersama para pemenang serta barisan urus setia.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.