26 September 2026 (Sabtu)- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melaksanakan Program Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat IKBN Peretak bertempat di kawasan Asrama Putera dan Asrama Puteri.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini melibatkan penyertaan seramai 153 orang pelajar, terdiri daripada 92 orang pelajar lelaki dan 61 orang pelajar perempuan.
Program ini dilaksanakan bersempena sambutan Hari Cuci Malaysia 2026 bagi meningkatkan kesedaran warga IKBN Peretak mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, khususnya kawasan kediaman pelajar.
Hari Cuci Malaysia 2026 adalah selari dengan World Cleanup Day yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain memastikan kebersihan kawasan asrama, program ini turut menjadi medium menerapkan nilai kerjasama, disiplin, tanggungjawab, semangat berpasukan dan rasa memiliki dalam kalangan pelajar. Penglibatan pelajar secara langsung diharapkan dapat membentuk kesedaran bahawa kebersihan asrama bukan hanya tanggungjawab pihak pengurusan, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama semua penghuni.
Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak turut bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong ini dan meninjau kawasan sekitar yang terlibat.
Secara keseluruhannya, Program Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat IKBN Peretak telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif para pelajar. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan bagi mewujudkan persekitaran IKBN Peretak yang lebih bersih, sihat, selamat dan selesa, selaras dengan semangat “Asrama Bersih, Penghuni Selesa, Kita Bersama!”.
