- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 37
MINI TOURNAMENT MOBILE LEGENDS CETUS KEMERIAHAN KELAB TECHNO VENTURE
25 September 2026 | IKBN Peretak – Kelab Techno Venture meneruskan aktiviti kelab dengan penganjuran Mini Tournament Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang melibatkan seramai 46 orang ahli. Pertandingan ini menghimpunkan ahli dalam suasana santai dan kompetitif, di samping memberi peluang kepada mereka untuk menguji kemahiran, strategi serta kerjasama dalam pasukan.
Pertandingan melibatkan enam pasukan yang berentap dalam beberapa perlawanan secara serentak di Bilik Kuliah 3 bagi memberikan ruang yang lebih selesa kepada para pemain. Aksi setiap perlawanan turut dimeriahkan dengan kehadiran tiga orang caster yang membuat ulasan secara langsung, sekali gus menambahkan kemeriahan dan keterujaan sepanjang pertandingan.
Menariknya, terdapat juga ahli yang belum pernah bermain MLBB sebelum ini namun tetap mengambil peluang untuk menyertai pertandingan dan mempelajari asas permainan bersama rakan sepasukan. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan semangat kerjasama, komunikasi, strategi dan persaingan sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta membina keyakinan dalam kalangan ahli Kelab Techno Venture.
