HARI SUKAN NEGARA: SPLASH AND DASH FUN RUN IKBN PERETAK BERSAMA ALUMNI MERIAH

    HARI SUKAN NEGARA: SPLASH AND DASH FUN RUN IKBN PERETAK BERSAMA ALUMNI MERIAH

     
    IKBN Peretak, 5 Oktober 2025 - Penganjuran sukan di IKBN Peretak sempena Hari Sukan Negara berjaya menarik lebih 500 orang peserta. Bertemakan slogan 'BELIA MENARI, WARNA MENARI, WARGA EMAS DIRAI' dilihat sangat bertepatan apabila semua peserta larian dibekalkan himpunan belon helium yang berwarna-warni.

    Konsep yang dipilih oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Peretak ini dikira menyantuni semua peringkat umur termasuk warga emas dalam kalangan Alumni serta menyokong usaha Kementerian iaitu mengalakkan sukan untuk semua.
    Sebanyak 13 aktiviti yang disajikan kepada semua peserta termasuklah Pertandingan Mewarna. Program ini dirasmikan oleh Puan Normahsyuri bt Md Syariff, Pengarah IKBN Peretak. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta jualan makanan.

    Diharapkan program ini mencapai matlamat sebenarnya iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar tentang pentingnya melakukan aktiviti kecergasan demi mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.