SUKANEKA DAN PERTANDINGAN MEWARNA MERIAHKAN PROGRAM SPLASH & DASH FUN RUN IKBN PERETAK

    SUKANEKA DAN PERTANDINGAN MEWARNA MERIAHKAN PROGRAM SPLASH & DASH FUN RUN IKBN PERETAK

     
    5 Oktober 2025 | Kuala Kubu Bharu - Program Splash & Dash Fun Run IKBN Peretak berlangsung meriah dengan penganjuran acara sukaneka dan pertandingan mewarna oleh pelajar Diploma Rekaan Fesyen Semester 5. Aktiviti yang diadakan di Dewan DAHA dan padang kawad ini berjaya menarik penyertaan lebih 500 peserta terdiri daripada alumni, kakitangan, pelajar dan orang awam.

    Sebanyak 16 acara sukaneka dan 2 kategori pertandingan mewarna diadakan bagi mengeratkan hubungan antara warga IKBN Peretak serta komuniti setempat. Suasana penuh ceria dan semangat berpasukan terserlah sepanjang aktiviti yang turut membantu pelajar melaksanakan Modul Kepimpinan 3 (UHP530).

    Majlis disempurnakan dengan Penyampaian Hadiah oleh Pengarah IKBN Peretak. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, penaja dan peserta yang telah menjayakan program ini

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.