HARI TERAKHIR | MINI KARNIVAL SUKMA 2026 – HULU SELANGOR

    HARI TERAKHIR | MINI KARNIVAL SUKMA 2026 – HULU SELANGOR

     
    Program Mini Karnival SUKMA 2026 Daerah Hulu Selangor melabuhkan tirainya hari ini! 💙💛

    IKBN Peretak berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan program ini sebagai pempamer, bersempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 bagi acara Bola Sepak Wanita.

    Sepanjang program berlangsung hari ini, reruai IKBN Peretak menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berpeluang mencuba aktiviti kraftangan, menghias beg calico serta mendapatkan informasi berkaitan latihan kemahiran TVET khususnya untuk golongan belia.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa singgah ke reruai IKBN Peretak sepanjang Mini Karnival SUKMA 2026. Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna buat kami! 🙌

    Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pasukan Bola Sepak Wanita Perak yang berjaya meraih tempat ketiga dalam saingan SUKMA 2026. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kesukanan ⚽🥉🎉

    Semoga semangat #TeamMalaysia terus berkobar, seiring dengan usaha memperkasa generasi muda melalui pendidikan, kemahiran dan pendidikan TVET. 🇲🇾💪

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.