- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 59
INISIATIF PROMOSI INSTITUSI TVET DI SMK TUANKU ABDUL RAHMAN
Batu Arang, 19 Ogos 2026 – Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tuanku Abdul Rahman telah menganjurkan Pameran Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Dewan Balau, hari ini. Program yang menyasarkan pelajar Tingkatan 3, 4, dan 5 ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai prospek kerjaya dalam bidang kemahiran serta membantu pelajar merancang hala tuju pendidikan yang tepat selepas menamatkan persekolahan.
Pameran ini dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai institusi TVET terkemuka termasuk IKBN Peretak, Kolej Komuniti Kelana Jaya, ADTEC Shah Alam, STDC, Unisel dan beberapa kolej swasta. Melalui perkongsian maklumat dan pameran hasil kerja pelajar seperti demonstrasi jahitan batik oleh IKBN Peretak, program ini diharapkan dapat membuka minda pelajar untuk mempertimbangkan bidang kemahiran, khususnya di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), sebagai pilihan utama dalam kerjaya masa depan mereka.
