- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 7
PENYEDIAAN ROTI : PENGALAMAN BERMAKNA, KENANGAN SELAMANYA
IKBN Peretak, 30 Julai 2026 – Seramai 10 orang pelajar daripada sekolah menengah harian dan tahfiz telah menyertai Bengkel Penyediaan Roti sempena Program Self Discovery Workshop anjuran Yayasan Raja Muda Selangor. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas penyediaan roti, di samping membina keyakinan diri, menggalakkan kreativiti dan memupuk minat terhadap bidang hospitaliti serta keusahawanan.
Bengkel ini dikendalikan oleh pengajar Penyediaan Roti iaitu Pn. Ros Azida binti Jantan, En. Mohd Noor Al Fahizam bin Berahim dan Pn. Hidayah binti Ahmad dengan bantuan saudara Muhammad Ammar Faiz bin Afzan. Para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung dan berjaya menghasilkan pelbagai jenis variety bread sebelum membawa pulang hasil air tangan masing-masing.
Diharapkan pengalaman ini menjadi pemangkin untuk mereka terus mengembangkan kemahiran, meningkatkan keyakinan diri dan meneroka peluang keusahawanan dalam bidang penyediaan roti.
