- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 113
PERLAWANAN PERSAHABATAN MUHIBAH BERSAMA RUMAH EHSAN KKB
IKBN Peretak, 22 Disember 2025 - IKBN Peretak telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Muhibah bersama Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu bertempat di Gelanggang Bola Tampar, IKBN Peretak.
Perlawanan melibatkan dua pasukan lelaki dan wanita dari Rumah Ehsan serta dua pasukan pelajar lelaki dan wanita dari IKBN Peretak. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim, memupuk semangat muhibah dan membudayakan gaya hidup sihat melalui sukan.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Muhammad Rizal Azuan bin Abdullah, Timbalan Pengetua Rumah Ehsan dan Encik Shahdan bin Zainal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak. Perlawanan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kesukanan.
