- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 151
IKBN PERETAK CURI TUMPUAN DI BOOTH ILKBS SEMPENA HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2026
Putrajaya, 1 Februari 2026 - Reruai Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menjadi tumpuan di Zon TVET, Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya semasa Hari Terbuka Putrajaya 2026 menerusi penyertaan aktif IKBN Peretak. Bermula 31 Januari hingga hari ini, kehadiran institut berjaya memeriahkan suasana pameran.
Daya tarikan utama yang mencuri tumpuan ramai adalah perkhidmatan manicure yang dikendalikan oleh pelajar jurusan Terapi Kecantikan IKBN Peretak. Sambutan yang diterima sangat luar biasa dengan aliran pengunjung yang tidak putus-putus hadir untuk merasai sendiri sentuhan pelajar.
Selain perkhidmatan, reruai ini turut berfungsi sebagai pusat sehenti khidmat nasihat program TVET ILKBS bagi golongan belia dan ibu bapa. Ramai pengunjung mengambil peluang untuk bertanyakan tentang peluang pengajian dan prospek kerjaya yang ditawarkan oleh institut, menunjukkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan vokasional dalam mendepani cabaran industri masa kini.
