PEGAWAI IKBN PERETAK CEMERLANG DI BUMI KENYALANG! RAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN HOKI TERBUKA 2026

    PEGAWAI IKBN PERETAK CEMERLANG DI BUMI KENYALANG! RAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN HOKI TERBUKA 2026

     
    Sarawak, 1 Februari 2026 — Warga IKBN Peretak sekali lagi membanggakan apabila salah seorang pegawainya, En. Metdriyanto Bin Zakaria, berjaya mengharumkan nama institut dalam arena sukan. Beliau telah menyertai Kejohanan Kenyalang Hoki Terbuka 7 Sebelah 2026 dan berjaya meraih tempat ketiga bersama pasukan SIDS Connection.

    Kejohanan anjuran Persatuan Hoki Sarawak ini berlangsung pada 31 Januari hingga 1 Februari 2026 bertempat di Stadium Hoki Sarawak. Sebanyak 20 pasukan kategori terbuka lelaki dan 10 pasukan kategori terbuka wanita telah mengambil bahagian, menjadikan pertandingan ini cukup sengit dan kompetitif.

    Penyertaan serta pencapaian ini membuktikan bahawa warga IKBN Peretak bukan sahaja cemerlang dalam bidang latihan kemahiran, malah turut aktif dan berdaya saing dalam bidang sukan. Tahniah diucapkan kepada En. Metdriyanto atas pencapaian yang membanggakan ini!

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.