LAWATAN ILMIAH FESTIVAL SHOWCASE KEBAYA SELANGOR & KELINGKAN

    LAWATAN ILMIAH FESTIVAL SHOWCASE KEBAYA SELANGOR & KELINGKAN

     
    Kuala Lumpur, 28 Jun 2026 (Ahad) - Lawatan Ilmiah Festival Showcase Kebaya Selangor & Kelingkan bertempat di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian mengenai warisan kebaya, seni sulaman kelingkan dan inovasi digital dalam industri tekstil. Sepanjang lawatan, pelajar dapat menyaksikan demonstrasi menjahit kelingkan yang mempamerkan teknik sulaman benang logam secara tradisional serta mengikuti penerangan mengenai penggunaan teknologi digital dalam penghasilan reka bentuk motif batik.

    Lawatan ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap warisan tekstil tempatan, di samping memberi inspirasi untuk menggabungkan elemen tradisional dengan teknologi moden dalam bidang fesyen dan reka bentuk.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.