IKBN PERETAK, 27 Jun 2026 – Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menyertai pertandingan fesyen berprestij, Chocolate Fantasy Runway Challenge 3.0 – The Met Gala Edition 2026 yang dianjurkan oleh Malaysia Association of Ethical Fashion Designers (MAEFD), Lembaga Koko Malaysia, Visit Malaysia 2026 di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.
Kejayaan ini telah meraih tempat 3rd runner up dicapai menerusi hasil kerja 5 orang pengajar dan 9 orang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) semester 5 yang berinspirasikan daripada aiskrim Cornetto. Pertandingan ini menghimpunkan pereka fesyen kreatif dari pelbagai institusi dan industri bagi mengetengahkan bakat, kreativiti serta inovasi dalam penghasilan rekaan bertemakan fantasi coklat dan elemen haute couture.
Penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk mempersembahkan hasil kreativiti di pentas profesional serta berinteraksi dengan pemain industri fesyen, pereka profesional, artis solekan dan model.
Melalui penyertaan ini, para pelajar dan tenaga pengajar berpeluang memperkukuhkan kemahiran teknikal, meningkatkan keyakinan diri serta memperluaskan jaringan profesional dalam industri fesyen tempatan. Pengalaman ini juga selari dengan usaha memperkasakan pendidikan TVET melalui pendedahan kepada pertandingan dan platform berimpak tinggi.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar dalam bidang fesyen serta mengharumkan nama IKBN Peretak di peringkat yang lebih tinggi.
