IKBN PERETAK MERIAHKAN HARI TANPA KENDERAAN DAN LARIAN OBOR SEMPENA SUKAN SUKMA 2026

    IKBN PERETAK MERIAHKAN HARI TANPA KENDERAAN DAN LARIAN OBOR SEMPENA SUKAN SUKMA 2026

     
    Kuala Kubu Bharu, 21 Jun 2026 - IKBN Peretak telah menyertai Program Hari Tanpa Kenderaan dan Larian Obor sempena Sukan SUKMA 2026 dengan membuka reruai promosi serta menyediakan hidangan pasta salad kepada para pengunjung dan peserta larian. Hidangan tersebut disediakan oleh Chef Mohd Fairuz bin A. Ghaffar dari Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak.

    Turut memeriahkan serta melawat reruai IKBN Peretak ialah EXCO Sukan Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi; Orang Besar Daerah (OBD) Hulu Selangor, Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, YB Puan Pang Sock Tao; serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Daerah Hulu Selangor, Puan Julaihah binti Jamaludin.

    Turut hadir memeriahkan reruai IKBN Peretak ialah Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff, dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Nurulakmar binti Alias. Kehadiran mereka bersama warga institusi lain memberi peluang bagi memperkenalkan IKBN Peretak serta berkongsi maklumat mengenai program latihan kemahiran yang ditawarkan kepada orang ramai.

    Program ini turut dijayakan hasil kerjasama Team CHI, Team CPP dan Jabatan Hospitaliti yang berganding bahu dalam memastikan kelancaran penyertaan IKBN Peretak sepanjang program berlangsung.

    Penyertaan dalam program ini bertujuan memperluas promosi IKBN Peretak kepada masyarakat, khususnya penduduk di daerah-daerah berhampiran. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk memaklumkan bahawa IKBN Peretak akan menerima kemasukan baharu bagi Sesi 2/2026 bermula pada 27 Julai 2026.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.