PELAJAR IKBN MENGEMUDI SESI SENAMROBIK SEMPENA PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN DAN LARIAN OBOR SUKMA XXII SELANGOR 2026

    PELAJAR IKBN MENGEMUDI SESI SENAMROBIK SEMPENA PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN DAN LARIAN OBOR SUKMA XXII SELANGOR 2026

     

     
    KUALA KUBU BHARU, 21 Jun 2026 - Seramai lima (5) orang pelajar IKBN Peretak telah mengemudi sesi senamrobik dengan penuh bersemangat, Sesi senamrobik bermula seawal jam 7.00 pagi sejurus selepas para peserta berkumpul. Kehadiran amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah komuniti setempat, kakitangan awam, belia, serta kanak-kanak.

    Dimulakan dengan regangan ringan selama 10 minit bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan menyediakan kardio peserta sebelum larian dimulakan. Sesi diteruskan dengan rentak muzik yang bersemangat (pilihan lagu yang 'catchy' dan 'trending'). Gabungan pergerakan berimpak rendah dan tinggi memastikan semua peringkat umur dapat mengikutinya dengan gembira.

    Rata-rata peserta memberikan maklum balas yang sangat positif. Mereka bukan sahaja keluar untuk menyokong kelestarian alam (tanpa kenderaan), malah pulang dengan peluh gembira dan badan yang lebih cergas.

    Penglibatan dari IKBN Peretak secara tidak langsung telah menaikkan nama institut kita dalam kalangan komuniti setempat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai sebuah hub belia yang aktif, sihat, dan prihatin terhadap program kemasyarakatan.

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengurusan IKBN Peretak atas sokongan penuh, serta pihak MPHS kerana memberi kepercayaan kepada kita untuk mengemudi slot utama ini.
    Semoga usaha kecil kita ini menjadi inspirasi untuk masyarakat terus membudayakan gaya hidup sihat. Insya-Allah, jumpa lagi di pentas senamrobik yang akan datang.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.