PROGRAM COACHING AND MENTORING - KURSUS ADVANCE COMPETITIVE HAIRSTYLING MASTERY DEMI MANTAPKAN KEPAKARAN PENGAJAR TVET

    PROGRAM COACHING AND MENTORING - KURSUS ADVANCE COMPETITIVE HAIRSTYLING MASTERY DEMI MANTAPKAN KEPAKARAN PENGAJAR TVET

     
    Sri Petaling, 5hb Ogos 2026 – Kursus Advance Competitive Hairstyling Mastery merupakan kursus intensif selama tiga hari bermula 3 hingga 5 ogos 2026 bertempat di MK- TG De Coiffure Sri Petaling, Selangor yang dianjurkan oleh IKBN Kemasik. Kursus dikendalikan oleh penceramah pakar industri, Sir Tan Kwan Weng dari MK- TG De Coiffure, dan disertai oleh lima orang tenaga pengajar TVET bidang Perekaan Gaya Rambut yang terdiri daripada dua orang pegawai dari IKBN Peretak serta tiga pegawai dari IKBN Kemasik.

    Program peningkatan profesionalisme ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran para pengajar melalui teknik-teknik terkini hairstyling rambut yang telah diwarnakan serta trend semasa industri dandanan rambut selaras dengan keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) baharu.

    Sepanjang kursus dijalankan, para peserta telah didedahkan secara komprehensif kepada pelbagai modul praktikal dan teori, termasuklah kaedah mewarna rambut balayarge yang sesuai dengan stail.yang hendak dibuat, menstail rambut menggunakan pelbagai jenis mesin dan bahan penstail dan teknik-teknik terkini yang moden dalam menstailkan rambut.

    Secara keseluruhannya, inisiatif ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kompetensi dan pengetahuan pengajar terlibat, malah memastikan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IKBN masing-masing agar sentiasa relevan dengan kehendak industri semasa.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.