MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN PERINGKAT IKBN PERETAK 2026

    MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN PERINGKAT IKBN PERETAK 2026

     
    13 Februari 2026, IKBN Peretak - Unit Hal Ehwal Islam, Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak telah mengadakan majlis bacaan Yassin, ceramah agama dan pelancaran program Ihya’ Ramadan 1447H / 2026M di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Shahrul Iman Bin Hasuana Pegawai Hal Ehwal Islam IKBN Peretak .

    Setelah selesai bacaan Yassin, ucapan perasmian yang disampaikan oleh Puan Normahsyuri Binti Md. Shariff, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Beliau menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat sama-sama menjayakan Program Ihya’ Ramadan yang telah diatur oleh Unit Hal Ehwal Islam, Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan serta Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak.

    Antara program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadan ini adalah, Solat tarawih berjemaah, tazkirah Ramadan, pertandingan komik Ramadan, pertandingan Video pendek Ramadan, tadarus Al-Quran, moreh Ramadan, memasak dan edaran Bubur Lambuk, sumbangan kepada anak yatim dan Infa’ barang keperluan serta Majlis Khatam Al-Quran Peringkat IKBN Peretak. Seterusnya gimik pelancaran Program Ihya Ramadan dan pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan oleh Puan Normahsyuri Binti Md. Shariff, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.Tabung Ihya’ Ramadan di wujudkan bertujuan untuk kelancaran program-program sepanjang bulan Ramadan.

    Majlis ini berakhir dengan ceramah ambang Ramadan yang bertajuk “Ramadan Kareem: Jom Ubah Diri” yang disampaikan oleh Ustaz Asim Ali, Imam Masjid Batu 3 Shah Alam dan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.