IKBN PERETAK SERLAH KREATIVITI DI REKA RONA 2026

    IKBN PERETAK SERLAH KREATIVITI DI REKA RONA 2026

     
    KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menyertai REKA RONA 2026 sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026, anjuran Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia (PEFEM) yang berlangsung di Laman Wau, Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Program ini turut dirasmikan oleh YBrs. Encik Khairul Hafizi bin Naharuddin, Pengarah Kanan, Bahagian Rekaan dan Penyelidikan.

    Penyertaan IKBN Peretak menampilkan dua koleksi fesyen yang dipamerkan dan diperagakan menerusi Pameran REKA RONA dan Fashion Showcase, iaitu koleksi Songket Mosaic yang menggunakan teknik *patchwork songket, hasil rekaan Puan Zainab binti Majid bersama Hanna Aisyah binti Lockman Amin, serta koleksi “Batik Metamorphosis”, hasil rekaan Puan Zalifah binti Md Jais dengan bantuan pelajar Mohd Afiq bin Khamis.

    Kedua-dua koleksi ini mengetengahkan kreativiti dalam penghasilan rekaan fesyen dengan mengangkat elemen warisan tekstil tempatan melalui pendekatan reka bentuk yang kreatif dan kontemporari.

    IKBN Peretak telah menerima Sijil Penyertaan dalam REKA RONA 2026. Penyertaan ini juga memberikan pengalaman dan pendedahan berharga kepada warga IKBN Peretak dalam memperkukuhkan jaringan serta keterlibatan dengan industri fesyen dan kraftangan.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Zainab binti Majid, Hanna Aisyah binti Lockman Amin, Puan Zalifah binti Md Jais dan Mohd Afiq bin Khamis atas komitmen dan kreativiti yang ditampilkan dalam membawa nama IKBN Peretak ke platform fesyen ini.

    Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada warga IKBN Peretak untuk terus berkarya, berinovasi dan mengangkat seni serta warisan tekstil Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.