RTV TERUS AKTIF DENGAN MINI TOURNAMENT MLBB & STRATEGI JANA PENDAPATAN KELAB

    RTV TERUS AKTIF DENGAN MINI TOURNAMENT MLBB & STRATEGI JANA PENDAPATAN KELAB

     
    2 Oktober 2026 | IKBN Peretak – Kelab Rakan Techno Venture (RTV) meneruskan aktiviti petang ini dengan sesi lanjutan Mini Tournament Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi menentukan tiga pasukan terbaik. Pertandingan berlangsung dalam suasana kompetitif dan meriah, dengan Kumpulan Vamos muncul sebagai juara, diikuti Kumpulan Jihad di tempat kedua manakala Kumpulan Vampire menduduki tempat ketiga.

    Selain pertandingan MLBB, sesi turut diteruskan dengan perbincangan inisiatif perniagaan RTV yang dirancang untuk dilaksanakan sebanyak dua kali sebulan. Inisiatif ini bertujuan membuka ruang kepada kelab menjana sumber pendapatan tambahan melalui aktiviti jualan yang diuruskan oleh ahli kelab sendiri.

    Sebanyak lima kumpulan telah dibentuk bagi merancang jenis menu yang bersesuaian untuk dijual. Setiap kumpulan diberi tanggungjawab untuk menyediakan perancangan merangkumi jenis menu, anggaran kos, modal, bahan yang diperlukan serta strategi pelaksanaan, sebelum membentangkan hasil perbincangan masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada ahli tentang asas pengurusan perniagaan, malah memupuk kreativiti, kemahiran merancang, komunikasi dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli RTV.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.