IKBN PERETAK SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM DI SMK TAMAN BUNGA RAYA(1)

    IKBN PERETAK SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM DI SMK TAMAN BUNGA RAYA(1)

     
    31 Mac 2026, Bukit Beruntung – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menyertai pameran pendidikan sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Taman Bunga Raya(1), Bukit Beruntung.

    Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai laluan kerjaya praktikal dan berimpak tinggi, selaras dengan keperluan industri serta kebolehpasaran graduan berkemahiran tinggi.

    Sepanjang program, IKBN Peretak mempromosikan pengambilan pelajar baharu sesi Julai 2026, memberi pendedahan mengenai kursus ditawarkan, pensijilan kemahiran, dan prospek kerjaya dalam pelbagai sektor industri.

    Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui platform UP_TVET, membuka peluang kepada lepasan SPM untuk membina masa depan kerjaya yang cemerlang dan kompetitif.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.